Profil Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah ini diasaskan pada tahun 1906 Masihi bersamaan dengan tahun 1324 Hijrah oleh Penghulu Mukim Junjong iaitu Tuan Penghulu Mat Saman atas arahan Tuan Pegawai  Daerah  ,Yang Mulia Tunku Mohamad Asaad. Salah sebuah rumah penghulu tersebut yang letaknya di Kampung Padang Penyangga telah dijadikan sekolah. Ketika itu, seramai 30 orang kanak-kanak di sekitar Mukim Junjong mula  belajar dengan seorang guru bernama Encik Md. Taib B. Tahir yang berasal dari Pulau Pinang.Pada tahun 1909, Cikgu Md Taib telah bertukar. Tempat beliau telah diganti oleh Cikgu Ibrahim B. Sheikh Abas yang berasal dari Pulau Pinang juga. Kanak-kanak yang belajar pada masa itu juga bertambah ramai. Tidak lama kemudian, tempat belajar di Kampung Padang Penyangga itu telah berpindah ke tanah wakaf Masjid Junjong yang terletak berhadapan dengan masjid sekarang.. Bangunannya ketika itu merupakan sebuah rumah panjang yang berdinding dan beratapkan daun bertam. Dua orang guru telah bertugas pada masa itu dan bilangan muridnya telah meningkat menjadi  60 orang. Di sinilah bermulanya pula Sekolah Quran Junjong di mana kelas mengaji Quran dan hukum-hukum agama diajarkan pada sebelah petang. Guru Quran yang mula-mula  bertugas pada masa itu  ialah Tn. Haji Ahmad B. Salleh atau dikenali dengan panggilan Tuan Haji Mat Cik. Beliau ialah anak tempatan Junjong.
Tidak lama kemudian, tempat belajar ini berpindah pula ke tapak tempat bangunan Majlis Tempatan Junjong (sekarang rumah hijau). Bilangan muridnya telah  bertambah kepada 80 orang dengan tenaga pengajarnya seramai 3 orang. Guru Besar ketika itu ialah Cikgu Ibrahim B. Tahir. Pada tahun 1911, cikgu Ibrahim telah bertukar dan digantikan oleh Cikgu Hussain yang berasal dari  Pulau Pinang juga. Pada tahun 1912, beliau telah digantikan oleh Cikgu Yusoff B. Ahmad yang berasal dari Kulim. Selang tidak berapa lama kemudian, tempat belajar ini bertukar ke kawasan sekolah sekarang ini iaitu bersebelahan dengan Balai Polis (Lama). Pada tahun 1917, Cikgu Abdullah B. Said dari Kepala Batas, Seberang Perai telah menggantikan Cikgu Yusof B. Ahmad sebagai Guru Besar. Beliau mengajar bersama Tn. Haji Puteh B. Saad, iaitu anak tempatan Junjong pertama dilantik menjadi guru berkelulusan Darjah Empat. 
Tahun demi tahun perkembangan sekolah ini meningkat maju dan bilangan muridnya juga bertambah. Murid-murid ketika itu datangnya dari sekitar Mukim Junjing dan Tasek Junjong, Seberang Perai. Pada tahun 1920, pihak kerajaan telah membina sebuah bangunan besar dan kukuh beratapkan genting dan bertiangkan batu. Sebuah rumah guru juga didirikan. Bangunan tersebut merupakan bangunan sekolah dan rumah guru pertama didirikan di daerah ini
                Pada  tahun 1957,  kerajaan telah membina sebuah lagi bangunan yang mempunyai dua buah bilik darjah, sebuah pejabat Guru Besar dan sebuah stor. Di samping itu, sebuah bangunan berkembar juga didirikan sebagai rumah guru. Bagi menampung kekurangan bilik darjah, maka pihak pentadbiran sekolah ini telah menjadikan dua bangunan awam sebagai bilik darjah iaitu rumah Pak Wan Kassim dan gudang bekas simpanan minyak tanah kepunyaan Jabatan Kastam. Kedua-duanya terletak dalam kawasan sekolah. Menjelang tahun 1975, sebuah bangunan dua tingkat telah dibina bagi menampung kekurangan bilik darjah. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Mahathir B. Mohammad pada 02 Mei 1977 yang ketika itu Menteri Pelajaran Malaysia.
Sebuah bangunan tiga tingkat yang dibiayai oleh Projek Bank Dunia telah dibina pada tahun 1983. Pembinaan bangunan tersebut adalah bukti nyata yang menunjukkan perkembangan dan pertambahan bilangan muridnya yang begitu pesat.Pada tahun 1998, sebahagian murid di sini yang duduk disekitar Kampung Permatang Tiong dan Air Puteh, telah bertukar pindah ke sekolah baru iaitu SK Permatang Tiong. Sehingga kini murid sekolah ini telah menjangkau 352 orang pada tahun 2005 dan guru-guru pula telah bertambah kepada 26 orang serta seorang Pembantu Tadbir, dan seorang Pekerja Am Rendah. Dalam menjaga dan mengawal kebersihan dan keselamatan sekolah, pekerja swasta seramai tiga orang telah ditempatkan serta tiga orang jaga untuk mengawal sekolah 24 jam. Bangunan-bangunan lama seperti dewan , satu blok kelas serta dua buah rumah pekerja dan sebuah rumah guru lama telah dilupuskan dan dirobohkan pada tahun 2004. Sebuah kelas lama telah dibaik pulih dan dinaik tarafkan untuk dijadikan sebuah kelas  Pra sekolah. Kelas tersebut telah bermula pada tahun 2003 dengan pelajar seramai 25 orang. Pn Faezah Hashim merupakan  guru Pra sekolah pertama dan dibantu oleh Cik. Nor Hanim  Dalam usia yang matang ini, sekolah ini telah dapat melahirkan ramai pelajar  yang berjaya untuk menyandang berbagai jawatan penting dalam kerajaan dan swasta.


TEKUN BERUSAHA MENCAPAI CITA MULIA
ITU MATLAMAT AMALAN HIDUP KITA
CURAHKAN JASA SEMAI BAKTI BERSAMA
MARA KITA TERUS MAJU JAYA
DEMI NEGARA HARAPAN NUSA BANGSA
KAMI BERIKRAR AKAN TAAT SETIA
DI SK JUNJONG TETAP SABAR DAN TEKUN
MOGA HIDUP AKAN TERUS DISANJUNG
AZAM DAN TEKAT MENUJU KEJAYAAN
AGAR TERCAPAI HASRAT WAWASAN
AGAR TERCAPAI HASRAT WAWASAN
AGAR TERCAPAI HASRAT WAWASAN

VISI

Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera

MISI

Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara

MOTO

"TEKUN DAN BERSABAR-BERJAYA

SLOGAN

"SENTIASA KE ARAH JAYA"
PIAGAM PELANGGAN
SEKOLAH KEBANGSAAN JUNJONG
KAMI WARGA SEKOLAH KEBANGSAAN JUNJONG DENGAN PENUH TEKAD DAN ILTIZAM BERIKRAR DAN BERJANJI AKAN MENUMPUKKAN SELURUH TENAGA DAN USAHA KAMI UNTUK :
BERUSAHA MENUJU KEARAH KECEMERLANGAN KURIKULUM, KOKURIKULUM, DAN AMALAN NILAI-NILAI MURNI.
MEMBENTUK KEPERIBADIAN DAN AKHLAK MULIA SERTA SETIAP WARGA TANPA MENGIRA LATAR BELAKANG AGAMA DAN KETURUNAN UNTUK PENDIDIKAN.
PEKA DAN RESPONSIF KEPADA KEHENDAK-KEHENDAK DAN KEPERLUAN PELANGGAN DAN MASYARAKAT.
MENGURUSKAN KERJA DAN BERKHIDMATAN DENGAN CEKAP, PANTAS,BIJAKSANA DAN MESRA.
MENGAMALKAN 
BUDAYA ILMU
BUDAYA PENYAYANG
BUDAYA PEMUAFAKATAN
BUDAYA TANPA CACAT
BUDAYA KECEMERLANGAN


ENROLMEN

BILANGAN  GURU (27)
BILANGAN STAF (2)
ENROLMEN MURID (238 tidak termasuk prasekolah)

2 comments:

  1. Tapi kenapa SMK Sultan Badlishah dapat gelaran Sekolah tertua Di Kedah 1948

    ReplyDelete

PEMBUKAAN SEKOLAH NORMA BAHARU TAHUN 5 DAN 6 AMBIL SUHU  MAKAN DI TEMPAT SENDIRI PDPC NORMA BAHARU SANITASI MEJA SEBELUM PULANG  PERJALANAN ...